Sunday, August 25, 2013

Tentang Kami



Seri Pandan Katering (dahulunya dikenali sebagai Wan Caterer) adalah perniagaan persendirian yang menyediakan makanan dan minuman dalam pelbagai majlis. Dimiliki dan diuruskan oleh Puan Wan Kharsiah bersama-sama suami Encik Farid, Seri Pandan Catering berpengalaman dalam menyediakan hidangan tradisional melayu. Kami menyediakan perkhidmatan di sekitar Lembah Klang. Kami pernah menjayakan majlis di sekitar Ampang, Cheras, Kajang, Semenyih.


Bermula dengan perniagaan makanan pada 2003, Seri Pandan Catering mula menceburkan diri dalam perkhidmatan katering bermula tahun 2005. Semuanya bermula apabila pelanggan tetap makanan kami meminta kami menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis pelancaran rumah baru. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sehingga kami masih mendapat kepercayaan daripada syarikat pembinaan tersebut untuk membekalkan makanan pada majlis majlis tertentu. 


Perkhidmatan terbaik! Itu janji kami kepada pelanggan. Kepuasan pelanggan adalah kepuasan kami. Senang hati bila melihat pelanggan bersama tetamu menjamah makanan yang kami sediakan. Misi kami adalah untuk membantu pelanggan dalam merancang dan melaksanakan majlis jamuan. Kami memahami untuk menjayakan majlis terutamanya majlis jamuan makan memerlukan proses perancangan yang teliti dan komitmen kerja yang tinggi dan disinilah kami Seri Pandan Catering menawarkan kebolehan kami dalam membantu pelanggan untuk mengendalikan majlis - majlis  dengan menggunakan kepakaran kami. 



Perkhidmatan Untuk Pelbagai Majlis
  • Majlis Bertunang
  • Majlis Perkahwinan
  • Majlis Berkhatan
  • Majlis Aqiqah
  • Majlis Hari Ulang Tahun
  • Majlis Terbuka Hari Raya
  • Majlis Forum / Seminar
  • Majlis Perasmian
  • Majlis Rasmi Jabatan Kerajaan, Kilang, Syarikat Korporat, IPTA, IPTS

Harga yang kami tawarkan amat berpatutan. Tuan/Puan boleh hubungi  Wan Kharsiah 0193163146 / Farid 01126284373 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. Kami akan membantu anda menjayakan majlis anda!